Friday, October 30, 2009

kerugian pd yg x pergi ke kursus .........

kerugian adalah satu masalah dlm perniagaan, tetapi betapa rugi nya kita klau psal menolok mendapatkan ilmu. itulah masalah nya kaum melayu skrg, bl di bagi kursus ada sj alasan psal keja wlaupun d beritau seminggu @ 2minggu awl nya. bl x d buat kursus mcm2 katanya, penuh mulut bl dapat buat ketupat. bl d ajak habuk pun xde. ni lah masalah org melayu yg perlu di kikiskan dn segera, hanya segelintir yg berani d depan dan ramai yg dok kat blakang menyorok kan kuku nya.

sedar lah wahai pemuda2 sekelian, bangun la dgn segera, bukan masa nak berehat lagiiiiiiii........jgn asyik nak tido jerrrrrr. bantulah pemimpin kita di atas sana, tanpa kita membantu mereka alamat nya nanti kita juga yg akan menanggung akibat nya...........bukan sekadar menunjuk jari ke atas klau kita yg x menurunkan nya.

apa2 kita renungkan la bersama.........apa yg patut kita lakukan sekarang.
jawapan terletak di tangan masing2.

ariosssssssss.......amigosssssssssssssss

Thursday, September 10, 2009

selamat menyambut hari raya aidilfitri

A'kum............kpd smua umat islam,
x lama lg kta akan menyambut hari raya aidilfitri. di kesempatan ini sy ingin memohon berjuta kemaafan kpd semua pembaca di dlm blog ini jika ada terkasar bhasa@apa2 yg bleh menyinggung perasaan seseorang.akhir kata............wassalam


makluman..........pd 17.9.09 kita akan mengadakan satu Program iaitu Kempen Keselamatan Jalanraya " JOM BALIK KAMPUNG " bertempat di Tol Gambang yg akan di rasmikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, YB.Dato' Haji Abdul Manan bersama-sama yang Berhormat lain iaiti YB.Sohaimi b.Jusoh(Adun Lepar) Yb. Mohd Zaili b.Besar(Adun Panching) dan YB.Dato' Suhaimi B. Mohamed Shah(Adun Sg. Lembing). Jika tidak keberatan di jemput hadir ke majlis tersebut.
Sekian Terimakasih.

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa

A'kum.............kpd pemuda2 di Paya Besar,
di sini saya ingin mgucapkan selamat berpuasa kepada Pemuda yg membaca,Selamat memunaikan ibadah yg ke-3.smoga kita semua dapat melaksanakan dgn seikhlas-ikhlasnya.
rasa smp di sini je.
Nak tulis banyak2 pun bukan ada org nak baca pun,tapi hanya nak melengkapkan keja yg di amanahkan.

Wassalam..........-)

Saturday, August 22, 2009

PPU PAYA BESAR - laksanakan lima rukun kukuhkan parti

KUANTAN – Pergerakan Pemuda UMNO Pahang memberi penekanan kepada lima perkara Rukun Pemuda bagi merealisasikan harapan dan kehendak pucuk pimpinan sekali gus menjayakan gagasan 1Malaysia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat berkata, penekanan kepada rukun Pemuda akan menjadikan pergerakan itu berada pada landasan betul dalam usaha memperkukuhkan parti sahsiah itu. Menurutnya, elemen bersatu, relevan, inklusif, berprinsip dan proaktif yang diamalkan Pemuda UMNO akan berjaya mendekati golongan muda untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO. “Lima rukun yang diamalkan Pemuda menjadi senjata utama untuk membawa perubahan kepada UMNO. Semua ketua di semua peringkat akar umbi perlu menggunakan elemen ini untuk terus membawa UMNO ke arah lebih baik. “Ia akan ditekankan di semua peringkat. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan sokongan belia kepada UMNO sekali gus sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar Kali Ke15 di Felda Sungai Panching Selatan, di sini, semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, Zulkafili Shamsuddin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhaimi Sulong. Abu Jimi berkata, Pemuda seharusnya bersatu menghadapi sebarang kemungkinan seperti serangan retorik daripada pembangkang supaya parti itu tidak goyah walaupun ditekan hebat. Menurutnya, Pemuda seharusnya terus relevan untuk mendekati generasi muda dengan menyokong minat positif mereka seterusnya membantu golongan itu sekiranya berdepan masalah. “Pemuda sentiasa menekankan perpaduan antara ahli Pemuda atau daripada parti komponen. UMNO juga tidak pernah melaksanakan perlembagaan tanpa persetujuan parti komponen. “Ia jelas menunjukkan tanda penyatuan antara semua dalam Barisan Nasional. Kita tidak hanya bermain dengan retorik sebaliknya membuktikan dengan perlakuan atau tindakan,” katanya. Dalam masa sama, Abu Jimi yang juga Ketua Pemuda Bahagian Lipis turut menyentuh kelemahan sahsiah pemuda Melayu sehingga menyebabkan mereka dianggap mundur berbanding kaum lain. Katanya, kecenderungan kepada pertolongan semata-mata tanpa percaya kepada kebolehan diri sendiri menyebabkan kebanyakan orang Melayu tidak mampu bersaing. “Golongan muda perlu bangkit untuk menjadi pemimpin mantap pada masa akan datang. Percaya kebolehan diri untuk melakukan sesuatu akan menjadi kita kuat tanpa perlu terus bergantung pada orang lain,” katanya.
Posted by Dato' Abdul Manan at 8:20 PM

0 comments:

Wednesday, August 19, 2009

Peringatan kepada semua

Assalamualaikum...........

Untuk makluman - kepada peneraju2 ahli kepimpinan pergerakan Pemuda Umno dan juga Kp2 Caw, kita telah menyediakan platform untuk anda semua menggunakan, jikalau kita tidak menggunakan nyer apa guna ia semua di sediakan.macam mana orang lain nak ikut kalau kita sendiri tidak menyampai kan dengan sebetulnya dan seringkas nyer. saya bukan nak marah tetapi ada la sedikit yang tersemat.saya dah cuba sediakan platform ini untuk anda semua menyampai kan apa2 maklumat,program dan komen2 yang bernas kata nak bergerak mengikut alaf baru.kalau macam ni memang kita akan ketinggalan kebelakang. atau kita semua ni masih celik IT.saya nak cakap yg lebih2 rasa nyer dah x berguna kerana semua dah besar2 belaka. kalau anda rasa platform ini sudah tidak sesuai untuk di guna pakai, hantarlah komen dan pendapat anda.

Terimaksih/Wassalam........
haslan (Biro IT)

program bersama YB

Thursday, August 13, 2009

di mana besrsatunya pemuda

Monday, June 29, 2009

SENARAI KETUA PEMUDA UMNO NEGERI PAHANG

Ketua : Abu Jimi Samat
Naib Ketua : Mohd Azizan Che Omar

CMRN. HIGHLANDS
SDR. AZIZI AHMAD
KETUA PERGERAKAN PEMUDAUMNO BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDSNO 4, TAMAN SETIACAMERON HIGHLANDSPAHANG

LIPIS.
SDR. ABU JIMI SAMAT
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS41, JALAN KENANGA, PAKR TEMPOYANG27200 LIPIS, PAHANG

RAUB
ARIF FADZILLAH ABU SAMAH
KETUA PERGERAKAN PEMUDAUMNO BAHAGIAN RAUB2058-3A, JALAN SENTUL PASAR51000 KUALA LUMPUR

JERANTUT
SDR. YBHG DATO' WAN AMIZAN BIN WAN RAZAK
KETUA PERGERAKAN PEMUDAUMNO BAHAGIAN JERANTUTWISMA BINA MUDA, JALAN BESAR27000 JERANTUTPAHANG.

INDERA MAHKOTA
SDR. SUHAIMI JUSOH@SULONG
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTANO 70 & 72, BANGUNAN UMNO BAHAGIANJALAN 1M 3/10, BANDAR INDERA MAHKOTA25000 KUANTAN, PAHANG

KUANTAN
SDR. MUHAMAD SUFFIAN BIN AWANG
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUANTANLOT 2199-2, DESA DAMAI, SUNGAI SOI25150 KUANTANPAHANG 25150 KUANTAN, PAHANG

PAYA BESAR
SDR. ZULKEFLI HJ SHAMSUDDIN
KETUA PERGERAKAN PEMUDAUMNO BAHAGIAN PAYA BESARPEJABAT PENERANGAN DAERAH KUANTANTINGKAT 9, WISMA PERSEKUTUAN25200 KUANTAN, PAHANG

PEKAN
SDR. RAMOHAMAD JEFREE WAHAB
KETUA PERGERAKAN PEMUDAUMNO BAHAGIAN PEKANPEJ. UMNO BAHAGIAN PEKAN, NO. 97AJALAN TENGKU ARIFF BENDAHARA26600 PEKAN, PAHANG

MARAN
SDR. MOHD NAJIB SHAHAIMI
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARANNO 18, JALAN RJ 6/1, TAMAN RAUB JAYA 627600 RAUBPAHANG

KUALA KRAU
SDR. RODZUAN ZAABATebal
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KRAUNO 25, KAMPUNG BARU SIMPANG SANGGANG28000 TEMERLOHPAHANG

TEMERLOH
SDR. MEGAT MOHD ASRI ABD JALIL
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TEMERLOHNO 1835A, KUARTERS GURU S.K SRI TUALANG28000 TEMERLOHPAHANG

BENTONG
JOHARI HJ HARUN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BENTONGNO 4, FIRST FLOOR JALAN AH PENG2870100, BENTONGPAHANG

BERA
SDR. MOHD AZIZAN CHE OMAR
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BERANO. 1 JALAN SRI KERAYUNG 128200 BERAPAHANG

ROMPIN
SDR. MUHAMAD YUSMIZAN HJ. MD YUNUS.
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPINPP 158, PINGGIR PELANGI26700 MUADZAM SHAHPAHANG

EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2008-2011
Jawatan
Gambar
Nama
Negeri
Bahagian
Pengerusi Tetap Pemuda

YBhg Dato' Fatah Hj AbdullahNo 31, Jalan BahagiaTaman Seri Bahagia28000 Temerloh,Pahang.
Pahang
Cameron Highlands
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda

Sdr Muhammad Yadzan MohammadNo 53, Jalan Raja Abdullah Satu9/16 A, Seksyen 940100 Shah Alam, Selangor.
Perak
Tanjong Malim
Ketua Pemuda

YB Khairy JamaluddinPejabat Pemuda UMNO Malaysia Tingkat 28, Menara Dato' Onn Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Negeri Sembilan
Rembau
Naib Ketua Pemuda

YB Dato' Razali Hj. IbrahimPejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tingkat 28 Menara Dato Onn, Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur.
Johor
Muar
Penolong Setiausaha

Sdr. Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid Pejabat Pemuda UMNO Malaysia Tingkat 28, Menara Dato' Onn Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Selangor
Subang
Penolong Bendahari

Y.Bhg Dato' Rozabil Abd. RahmanB 08-16, No. 10 Semantan Jln Semantan, Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur.
Perlis
Arau
Ketua Penerangan

Y.Bhg Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican Pejabat Pemuda UMNO Malaysia Tingkat 28, Menara Dato' Onn Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Pulau Pinang
Kepala Batas
Exco

Mohd Suffian AwangLot 2199-2, Desa Damai, Sungai Soi 25150 Kuantan. Pahang.
Pahang
Kuantan
Exco

Shafiqurrrahman ShamsuddinNo. 25, Batu 3 Tandop 06350 Alor Star, Kedah.
Kedah
Kuala Kedah
Exco

Sohaimi ShahadanNo. 15, Jln DM3, Jln Desa Moccis Desam Moccis, Sungai Buloh, Selangor.
Selangor
Selayang
Exco

Mohd Gasing SalingNo. 255C, Tkt. 17, Town Extantion 2, Jln Dunlop P/S 61004 91020 Tawau, Sabah.
Sabah
Kalabakan
Exco

Ustaz Mohd Affendi YusofPT 72, Seksyen 46, Kampung Dusun Raja 16400 Kota Bharu, Kelantan.
Kelantan
Rantau Panjang
Exco

YB Dato' Wan Amizan Wan Abd. Razak Wisma Bina Muda, Jalan Besar 27000 Jerantut, Pahang.
Pahang
Jerantut
Exco

Jamawi JaafarTkt. 9, Parcel D, Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Pusat Pent. Kerajaan Persekutuan, 60606 Putrajaya.
Sabah
Tenom
Exco

Tengku Azman Tengku Zainol AbidinDataran Optima, No 30-3, 3rd Floor, Jalan 28/70A, Desa Seri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
W.P
Bukit Bintang
Exco

Datuk Ahmad Zaki Zahid No. 2, Jalan P11K/4, Presint 11 62250 Putrajaya.
W.P
Putrajaya
Exco

Dato' Ahmad Darus3771, Air Melintas Besar 13300 Tasek Gelogor, Seberang Perai Utara
P. Pinang
Kepala Batas
Exco

Ali Mazat Salleh734, Jalan Teratai 36-8, Indahpura 81000 Kulai, Johor.
Johor
Kulai
Exco

Megat Zulkarnain OmardinNo. 7227, Jalan Delima, Taman Setia Gombak 53000 Kuala Lumpur.
Selangor
Gombak
Exco

Zubir Zabidi 2164, Jalan Kota Tanah, Seberang Perak 05050 Alor Star, Kedah.
Kedah
Alor Star
Exco

Nazir Hussin Akhtar Hussin No. 16, Jln. SG 9/33, Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor.
W.P
Titiwangsa
Exco

Lokman Nor Adam35-5-12 Kemuncak Shah Alam, Jalan Tengku Ampuan Rahimah, 40100 Shah Alam.
Selangor
Shah Alam
Exco

Syahrin JamaluddinNo. 368D, Lorong Limau, Kg. Sinaran Baru 81300 Skudai, Johor.
Johor
Tebrau
Exco

Tun Faisal IsmailTingkat 28 Menara Dato Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
W.P
Putrajaya
Exco

Dato' Mohd Khairun Tan Sri AsehNo. 40, Jalan P10 C/2, Presint 10 62502 Putrajaya.
W.P
Putrajaya
Exco

Mohd Hishammuddin YahayaB-01-20, Cemara Apartment, Jln Sri Permaisuri 3 Bdr. Sri Permaisuri, 56000 Cheras, K.L.
W.P
Putrajaya
Exco

Mohd Iruan Zulkefli87-F, Kampung Malau 33410 Gerik, Perak.
Perak
Lenggong
Exco

Sdr Abdul Razak Abdul Rahman39 Jalan Tembusu 4 Taman MerdekaBatu Berendam75350 Melaka
Melaka
Kota Melaka
Exco

Sdr Mohd Faizal RamliNo. 101, Taman Negeri Baru Fasa IIJalam Seremban 71000 Port DicksonNegeri Sembilan
Negeri Sembilan
Teluk Kemang
Exco

Sdr Badrol Hisham Zaki413-P Jalam Tekukur20300 Kula TerengganuTerengganu
Terengganu
Kuala Terengganu
Exco

Sdr Khairul Azwan Dato' HarunKg TersusunBalun Bidai36800 Kg Gajah
Perak
Pasir Salak
Exco

Sdr Mohd Anis Hisham Abdul AzizNo 31, Jalam Saas Satu9/6A Seksyen 940000 Shah Alam Selangor
Selangor
Kuala Selangor
Setiausaha Kerja

Saiful Hazizy Zainol AbidinPejabat Pemuda UMNO, Tingkat 28, Menara Dato' Onn Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Kedah
Merbok.

Peringatan kepada semua ketua pemuda cawangan

kepada semua ketua pemuda cawangan yg telah bermesyuarat hendaklah menyerahkan semula minit mesyuarat cawangan beserta senarai untuk perwakilan pemuda yang akan di beritahu nanti.kerjasama semua amatlah dihargai.segala kesulitan amat dikesali.

Pemborong Ikan Jadi Calon Pas Di Manik Urai?

KUALA KRAI, 26 Jun (Bernama) — Pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Pengumuman calon PAS itu dibuat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Manek Urai Lama, di sini, malam ini.
Mohd Fauzi yang terkejut dengan pemilihannya itu, hanya bersedia menemui pemberita esok.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob dari PAS pada 22 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 6 Julai dan pengundian 14 Julai.
Pas dah xde calon lain sampai pemborong ikan pun dijadikan calon.....................alahai apalaa nasib

1 Malaysia

diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

kenali calon BN di Manek Urai

KUALA KRAI, 29 Jun – Sebagai calon pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan produk anak tempatan yang bukan sahaja berjaya dalam bidang profesional malah terbukti aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat setempat.
Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.
Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.
Suami kepada Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan bapa kepada tiga orang anak ini ternyata berpengalaman luas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.
Penglibatan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Teknologi itu dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial seperti Majlis Belia, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) banyak menyerlahkan keprihatinannya terhadap masalah dan agenda semasa yang dilalui oleh rakyat dan golongan muda melalui pelbagai aktiviti.
Justeru, telah terbukti bahawa kejayaan cemerlang Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai ini mampu menjadi wadah kepada masyarakat untuk kesinambungan pembangunan dan kemajuan masyarakat kekal utuh bersama Barisan Nasional.

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pilihlah BN.

biodata-Dato' Seri Najib. PM ke-6

Ketahuilah kisah tentang-Perdana Menteri Malaysia kita

Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat. Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik. Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.Najib pantas menyesuaikan dirinya dengan kehidupan umum sebagai Ahli Parlimen, dan kemudiannya mendapati kemahiran berpolitik itu begitu serasi dengan dirinya. Tidak lama kemudian, Najib yang masih muda belia telah memperlihatkan bahawa beliau ialah seorang ahli politik yang boleh dipercayai dan berkebolehan serta berhak dipanggil pemimpin atas keupayaan dirinya sendiri. Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Pahang pada ketika itu hampir-hampir terjebak dalam satu krisis politik disebabkan oleh perbezaan yang serius antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang. Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar). Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang. Selanjutnya Najib memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993. Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988. Pada 1989, Malaysia telah mencapai kejayaan yang terbaik pernah dicapainya di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap. Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau telah mengambil cabaran untuk menyambut aspirasi Malaysia yang baru sahaja diumumkan ketika itu, untuk menjadi sebuah negara maju yang sepenuhnya pada tahun 2020. Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatannya, Najib telah mewujudkan mekanisme yang dapat membolehkan generasi rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa mendatang. Beliau telah menstrukturkan semula Kementerian ini, memperbadankan universiti dan institusi awam, serta menggalakkan kerjasama dengan universiti dan institusi luar negara. Langkah ini telah memberikan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai satu hab pembelajaran serantau. Dato' Sri Najib juga telah meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu. Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Thursday, March 26, 2009

ketua pemuda baru m'sia

salam pd pemuda semua,
seperti yg di ketahui semua kita telah mendapat Ketua Pemuda baru iaitu KJ menggantikan Dato' Seri Hishamuddin B.Tun Hussien.apa yg kita perlu buat skrg suka @ tidak seseorang pemimpin itu terletak pd individu, kita sebagai satu pergerakan di bawah sayap UMNO kita mestilah menyokong penuh seorang pemimpin kerana beliau telah dipilih semua perwakilan.kita mesti berkerjasama dengan beliau kerana suka @ tidak, beliau juga yg akan mengetuai sehingga ke Perhimpunan Agung ke-60. kita tidak mahu kerana seseorg pemimpin yg kita tidak suka, kita akan bermusuh sesama sendiri dan ini juga akan merosak parti kerana kita sebagai Pemuda perlu lebih bersedia dan berkorban untuk parti yg kita sanjungi dari nenek moyang kita.
Kita perlu tahu kebanyakan pembangkang sekarang hanya mencari kesalahan dari parti kita untuk membuat provokasi yg boleh mengkucar-kacirkan parti UMNO ini dan inilah yg kita perlu buat bersiap sedia, buangkan masaalah kecil demi untuk parti dan kuatkan mentaliti demi menahan asakan psikologi dari pembangkang.
wassalam )(-

Wednesday, March 25, 2009

Sempena Perhimpunan Agong UMNO

salam kepada semua,
apa khabar semua, apa pendapat anda tentang Sidang Perhimpunan Agong UMNO skrg. adakah perwakilan yg anda harapkan akan memenangi kerusi didlm parti ini? kita tunggu dan lihatlah keputusan yg akan disiarkan.apa jua keputusan harap terimalah dgn hati yg terbuka.
Sempena berlangsungnya Perhimpunan ini ada beberapa artikel yg boleh kita renungkan bersama, jika ada kesalahan tolonglah perbetulkan demi untuk kebaikan Parti kita.

*petikan pertama*
-dari Perdana Menteri dan Presiden UMNO berkata, setiap anggota perwakilan perlu serius dlm melaksanakan tanggungjawab masing2, kerana mereka yg di pilih itu akan menentukan masa depan UMNO, sekaligus dapat melaksanakan agenda besar negara pd masa akan datang.Sikap utk memastikan barisan kepimpinan yg diwujudkan dihormati dan dapat memberikan keyakinan kepada parti serta rakyat utk melaksanankan apa jua tanggungjawab yg diamanahkan kpd mereka.Ini amat penting utk difahami, katanya.

*petikan kedua*
-dari Timb. Perdana Menteri dan Timb. Presiden UMNO, ternyata UMNO mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan dan terbukti UMNO parti yg berupaya membina satu bangsa yg bermaruah dan dihormati di saentero dunia.Parti inilah yg telah berjasa menggangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan dari kelas hidup menengah dlm satu generasi shj. hakikatnya UMNO parti keramat ini telah sentiasa menjadi nakhoda zaman, sekaligus menjadi parti pilihan orang melayu, katanya.
dalam satu lagi kenyataan " Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan hingga lupa kayu ukur sebenarnya kejayaan parti demokratik itu adalah memenangi pilihanraya atau tidak. Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sesebuah parti yg tiada kuasa dan tidak menerajui kerajaan.Parti akan kuat jika pintu kemasukan dibuka seluas-luasnya kepada org melayu dan UMNO terus kekal menjadi parti yg mewakili aspirasi mereka.
Dalam itu juga Timb. Presiden UMNO, parti perlu lebih kukuh jika ahlinya berhenti mempersoalkan apakah yg mereka boleh dapat drpd parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa, negara melalui UMNO. Beliau menegaskan UMNO memerlukan barisan pempinan yg berupaya lagi mengupayakan, pemimpin yg berani berubah dan menerima perubahan, berani menegur dan terbuka menerima teguran. Pada masa sama Datuk Seri Najib, meningatkan kpd ahli UMNO supaya berpijak di bumi yang nyata kerana landskap politik negara berubah sama sekali. Untuk kita semua maju kehadapan, kita perlu mengenal pasti apakah kelemahan dan kekuatan.Kelemahan perlu diperbaiki manakala kekuatan sedia ada perlu diperkukuhkan dan dimantapkan lagi. Jika kita tidak melakukan proses ini, UMNO akan dilihat sebagai sebuah pati yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaharuan ini amat menuntut kita untuk mengilap semula idealisme perjuangan, katanya.

Apa pada fikiran anda semua, tentang yg di perkatakan dan amanat oleh
Timb. Presiden UMNO yg tidak lama lagi akan menjadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia yg ke-6. kita sebagai rakyat negeri Pahang sepatutnya berbangga kerana Perdana Menteri kita yg baru adalah anak jati Pahang yg juga anakanda kpd Al-Marhum Tun Abdul Razak, Perdana Menteri M'sia ke-2. Apa lagi kita perlu tunggu, kita semua sepatutnya berdiri teguh di belakang dan menjadi benteng kepada parti UMNO dan sekaligus mendokong kepimpinan Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib B.Tun Hj. Abd. Razak,Y.A.B. Menteri Besar Pahang dan juga Y.B-Y.B setempat.

Monday, March 23, 2009

Tiga wakil rakyat buat laporan polis

3 wakil rakyat bhg.paya besar telah membuat 3 laporan polis berhubung fitnah melalui laman blog yg dikeluarkan oleh Pahang Daily mengenai pembabitan mereka di dalam politik wang dan tidak layak bergelar Ahli Parlimen Paya Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN). Adakah kita semua perlu percaya dgn tomahan serta fitnah yg dilemparkan kpd mereka itu. 3 laporan itu membabitkan Pahang Daily.Yg Dipertua Pas Kws Paya Bear, Yusof Embong dan pemangku Ketua Keadilan Rakyat, Zahari Mamat mengenai salahlaku rasuah yg diamalkan oleh wakil rakyat kawasan Paya Besar.

Apa yg mereka tahu tentang semua ini, mereka hanya mencari kesilapan org lain, hanya pandai menghentam org. Itulah kerja diaorang.

Sebab itulah, kita semua dibawah Pergerakan Pemuda UMNO baik dari peringkat Ajk Bhg @ peringkat cawangan itu sendiri perlu bersatu dan bekerjasama, kita semua perlu turun padang untuk mewakili dan menjadi suara kepada semua Yang Berhormat2, memberitahu dan menerangkan keadaan yg sebenar. Jgn mudah salah sangka serta cepat membuat andaian tanpa usul periksa seperti yang pihak pembangkang lakukan sekarang.

pemuda perlu ubah minda

Pemuda perlu ubah minda Pemuda UMNO sekarang perlu memainkan peranan dan mengubah minda pergerakan iaitu seperti sebuah badan NGO yang lebih berketerampilan dan berjuang tanpa kepentingan kecuali berkhidmat untuk rakyat. Pemuda UMNO juga perlu menjadi suara pendesak dalam kerajaan atau ketika berdepan dengan Pembangkang. Kita perlu memainkan peranan seperti badan NGO, bukan sebagai suara rasmi kerajaan. Pemuda UMNO perlu berani untuk menyuarakan pandangan kepada MT berhubung sesuatu keputusan yang dibuat kerajaan. Ini semua bagi mengembalikan keyakinan dan mendapat semula sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional(BN). Kegagalan untuk mengurus antara sebab rakyat khususnya generasi muda beralih arah menjadi pembangkang.
Label: s/u pemuda