Wednesday, March 25, 2009

Sempena Perhimpunan Agong UMNO

salam kepada semua,
apa khabar semua, apa pendapat anda tentang Sidang Perhimpunan Agong UMNO skrg. adakah perwakilan yg anda harapkan akan memenangi kerusi didlm parti ini? kita tunggu dan lihatlah keputusan yg akan disiarkan.apa jua keputusan harap terimalah dgn hati yg terbuka.
Sempena berlangsungnya Perhimpunan ini ada beberapa artikel yg boleh kita renungkan bersama, jika ada kesalahan tolonglah perbetulkan demi untuk kebaikan Parti kita.

*petikan pertama*
-dari Perdana Menteri dan Presiden UMNO berkata, setiap anggota perwakilan perlu serius dlm melaksanakan tanggungjawab masing2, kerana mereka yg di pilih itu akan menentukan masa depan UMNO, sekaligus dapat melaksanakan agenda besar negara pd masa akan datang.Sikap utk memastikan barisan kepimpinan yg diwujudkan dihormati dan dapat memberikan keyakinan kepada parti serta rakyat utk melaksanankan apa jua tanggungjawab yg diamanahkan kpd mereka.Ini amat penting utk difahami, katanya.

*petikan kedua*
-dari Timb. Perdana Menteri dan Timb. Presiden UMNO, ternyata UMNO mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan dan terbukti UMNO parti yg berupaya membina satu bangsa yg bermaruah dan dihormati di saentero dunia.Parti inilah yg telah berjasa menggangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan dari kelas hidup menengah dlm satu generasi shj. hakikatnya UMNO parti keramat ini telah sentiasa menjadi nakhoda zaman, sekaligus menjadi parti pilihan orang melayu, katanya.
dalam satu lagi kenyataan " Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan hingga lupa kayu ukur sebenarnya kejayaan parti demokratik itu adalah memenangi pilihanraya atau tidak. Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sesebuah parti yg tiada kuasa dan tidak menerajui kerajaan.Parti akan kuat jika pintu kemasukan dibuka seluas-luasnya kepada org melayu dan UMNO terus kekal menjadi parti yg mewakili aspirasi mereka.
Dalam itu juga Timb. Presiden UMNO, parti perlu lebih kukuh jika ahlinya berhenti mempersoalkan apakah yg mereka boleh dapat drpd parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa, negara melalui UMNO. Beliau menegaskan UMNO memerlukan barisan pempinan yg berupaya lagi mengupayakan, pemimpin yg berani berubah dan menerima perubahan, berani menegur dan terbuka menerima teguran. Pada masa sama Datuk Seri Najib, meningatkan kpd ahli UMNO supaya berpijak di bumi yang nyata kerana landskap politik negara berubah sama sekali. Untuk kita semua maju kehadapan, kita perlu mengenal pasti apakah kelemahan dan kekuatan.Kelemahan perlu diperbaiki manakala kekuatan sedia ada perlu diperkukuhkan dan dimantapkan lagi. Jika kita tidak melakukan proses ini, UMNO akan dilihat sebagai sebuah pati yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaharuan ini amat menuntut kita untuk mengilap semula idealisme perjuangan, katanya.

Apa pada fikiran anda semua, tentang yg di perkatakan dan amanat oleh
Timb. Presiden UMNO yg tidak lama lagi akan menjadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia yg ke-6. kita sebagai rakyat negeri Pahang sepatutnya berbangga kerana Perdana Menteri kita yg baru adalah anak jati Pahang yg juga anakanda kpd Al-Marhum Tun Abdul Razak, Perdana Menteri M'sia ke-2. Apa lagi kita perlu tunggu, kita semua sepatutnya berdiri teguh di belakang dan menjadi benteng kepada parti UMNO dan sekaligus mendokong kepimpinan Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib B.Tun Hj. Abd. Razak,Y.A.B. Menteri Besar Pahang dan juga Y.B-Y.B setempat.

No comments:

Post a Comment